Sejarah Daerah Kecil Kampong Gajah
Terletak
di pinggir Sungai Perak. Kampong Gajah merupakan pecan kecil iaitu lebih kurang
27 KM dari Bandar Teluk Intan. Ianya sebuah kampung yang dipadankan dengan nama
haiwan “GAJAH”. Menurut sejarah lisan. Kampung tersebut merupakan laluan
gajah-gajah untuk turun minum ke Sungai Perak dan natijahnya kampung ini di
namakan Kampong Gajah.
Kampong
Gajah tercatat dilembaran sejarah negara
dan dunia sebagai kampung kembar dengan Pasir Salak, di mana bermulanya
bibit kebangkitan Nasionalisme Melayu untuk mengusir rawana Inggeris. Tarikh keramat 2hb November 1875 penting
dimana terbunuhnya Residen Inggeris J.W.W.Birch yang menggemparkan dunia,
mencatatkan dua Pembesar Negeri Dato’ Seri Agar Diraja ( Dato Sago ) di Kampong
Gajah dan Dato Maharaja Lela di Pasir Salak sebagai Nasionalisme Melayu yang
ulung.
1.2.3 Visi Dan Misi Organisasi
VISI JABATAN
Menjadikan daerah Kg.Gajah sebagai
pusat institusi, pertanian, perindustrian dan perlancongan disamping
mengekalkan kualiti alam persekitaran semula jadi dan imej sejarah.
MISI JABATAN
Menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah
Kg. Gajah sebuah agensi kerajaan negeri
yang beridentiti terunggul kea rah memudahkan perkhidmatan dan mengembirakan
masyarakat daerah dan pelanggan-pelanggan.