Pentadbiran Daerah
PENTADBIRAN & KEWANGAN
<< Mengurus segala urusan surat-menyurat, perayaan daerah, majlis rasmi, pengeluaran lesen/ permit dan perkhidmatan Ketua Kampung.
<< Mengurus segala urusan mengenai perkhidmatan kakitangan Pentadbiran Daerah dan Tanah.
<< Mengawal peruntukan perbelanjaan mengurus, menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan mengurus bayaran-bayaran bil dan perbelanjaan.
<< Menyelaras urusan perancangan dan pelaksanaan projek-projek kecil/ Pembangunan Luar Bandar.
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (PLB)
Merancang dan melaksanakan strategi projek-projek Pembangunan Luar Bandar di dalam semua aspek Pembangunan Sosio Ekonomi dan Pelajaran
Merancang dan melaksanakan projek-projek infrastuktur (jalan, elektrik dan air) bagi kawasan kampung tradisional dan kampung baru
Menyedia dan mengadakan pusat-pusat riadah
Membimbing dan memberi galakan kepada penduduk-penduduk tempatan untuk bergiat di dalam bidang perniagaan
Mengkaji dan menyelesaikan masalah berbangkit dengan Pembangunan Luar Bandar di samping menerima feedback daripada penduduk kampung setelah sesuatu projek pembangunan dilaksanakan
Menyatupadukan, menguatkan konsep gotong-royong dan bekerjasama melalui badan unggul di peringkat kampung iaitu JKKK yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung
Pentadbiran Tanah
UNIT PELUPUSAN TANAH
Mendaftar dengan segera semua permohonan tanah
Mendaftar hakmilik sementara bagi Rancangan Tanah Berkelompok dan Perkampungan Tersusun dalam tempoh satu hari jika urusan tersebut dibuat secara operasi “One Stop Centre”
Menyelesaikan permohonan Permit Bahan Batu dalam tempoh 7 hari setelah menerima Laporan Jabatan Teknikal
UNIT HASIL
Menguatkuasa dan memungut pelbagai bayaran Hasil, Cukai, Lesen, Permit dan lain-lain bayaran yang bersangkutan dengan urusan Tanah
UNIT PENDAFTARAN HAKMILIK
i-Menguruskan pendaftaran hakmilik baru dan pengeluaran hakmilik sambungan.
ii-Menguruskan pendaftaran semua urusniaga, bukan urusniaga dan nota.
UNIT TEKNIKAL
Memberi maklumat yang dikemaskini dan lengkap mengenai sesuatu kedudukan tanah
Membantu PPTD/PTD dalam hal menambah Hasil/Cukai Kerajaan dengan cara menguatkuasakan undang-undang Tanah
Memberi khidmat kepada masyarakat kepada masyarakat setempat dalam urusan menyelesaikan masalah berhubung dengan tanah atas arahan Ketua Jabatan bila diperlukan
Menentukan sempadan-sempadan Tanah dengan lebih baik dan berkesan melalui pengukuran
Memberi khidmat dan kerjasama kepada mana-mana bahagian Pentadbiran Tanah dan Daerah dan juga lain-lain jabatan/agensi bila diperlukan
UNIT PENGAMBILAN TANAH
I. Merancang dan melaksanakan strategi projek pengambilan tanah untuk tujuan Pembangunan Sosial Ekonomi Pelajaran dan Infrastruktur bagi pihak Kerajaan Negeri.
II. Merancang dan melaksanakan projek pengambilan tanah untuk tujuan projek-projek infrastruktur (jalan, elektrik dan ban pencegah banjir) bagi kawasan kampung-kampung tradisional dan kampung baru.
III. Membimbing dan memberi galakan kepada penduduk-penduduk tempatan di dalam bidang perniagaan.
IV. Mengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah berbangkit dengan Pengambilan Tanah di samping menerima feed-back / gerak balas daripada penduduk yang terlibat dengan sesuatu projek yang dijalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan